
Nikmati Urutan Profesional dengan Ramuan Semulajadi
spa kecantikan | rawatan berpantang
Fasiliti Kami




semua Perkhidmatan
RAWATAN KECANTIKAN
Membantu melancarkan peredaran darah, menyingkirkan toksin, serta memberi rasa segar dan ringan pada tubuh.
Rawatan tradisional selepas bersalin menggunakan wap herba untuk memulihkan tenaga dalaman wanita.
Rendam tubuh dalam mandian bunga segar yang menenangkan, meningkatkan aura positif dan keyakinan diri.
Urutan menyeluruh yang melegakan otot tegang, mengurangkan stres, dan mengembalikan keseimbangan tubuh.
Rawatan wajah yang membersihkan, melembap dan menyegarkan kulit untuk penampilan lebih berseri.
Rawatan lulur badan untuk menyingkirkan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih halus dan cerah.
Tekanan lembut pada titik refleksi kaki yang membantu melegakan keletihan dan meningkatkan tenaga.
Rawatan kuku kaki yang melembutkan tumit, membersih kuku dan memberikan keselesaan penuh.
Penjagaan kuku tangan profesional yang menjadikan jari lebih rapi, bersih dan menawan.
PAKEJ BERPANTANG
Penjagaan untuk ibu berpantang dari rawatan seluruh badan hingga ke param dan pilis.
Spa Bergerak, Hasil Di Lokasi Anda
Camar Putih Spa membawa pengalaman spa terus kepada anda – sama ada di rumah, bilik hotel, atau lokasi pilihan lain. Dengan perkhidmatan mobile spa, anda tidak lagi perlu bersusah payah keluar; biarkan tukang urut bertauliah kami hadir dengan minyak herba homemade dan suasana yang menenangkan, khusus untuk keselesaan anda.
Buat Tempahan
Hubungi kami untuk booking & pilih lokasi anda.
Kami Datang Kepada Anda
Tukang urut tiba dengan set herba & minyak homemade.
Nikmati Rawatan Spa
Suasana spa terus di rumah atau di mana anda berada.

Keistimewaan Kami
Ketahui mengapa Camar Putih Spa perlu menjadi pilihan anda.
Urutan Tradisional
Pakar urut bertauliah menggunakan teknik tradisional untuk kelegaan tubuh serta ketenangan minda
Minyak Herba Homemade
Herba dan minyak urutan homemade daripada ramuan segar ditanam sendiri, selamat dan berkesan untuk rawatan
Rawatan Lengkap Berpantang
Rawatan berpantang berpaksikan amalan tradisional turun-temurun yang digabung dengan sentuhan moden

PROMOSI ISTIMEWA
Dapatkan hadiah eksklusif apabila anda membuat rawatan sebanyak tiga kali dalam tempoh sebulan. Lebih kerap dimanjakan, lebih banyak ganjaran menanti!
Rawatan 1
Rawatan 2
Rawatan 3
Miliki hadiah misteri!

Galeri










Apa kata pelanggan
Suara pelanggan yang telah merasai pengalaman bersama kami.
Fatin
Full body massage
Sangat selesa… Kak Marini sangat peramah dan banyak membantu. Sangat puas hati.
Aisyah
Pakej urutan selepas bersalin
Sangat berpuas hati. Saya rasa lebih segar dan bersemangat selepas perkhidmatan Camar Putih Spa.
Faridah
Pakej urutan selepas bersalin
Sangat berpuas hati serta banyak tips untuk kekal sihat sewaktu dalam pantang. Badan rasa sangat lega dan segar selepas diurut.

Soalan Lazim
Jawapan ringkas untuk persoalan yang sering ditanya pelanggan kami.
Berapa awal saya perlu membuat tempahan?
Disarankan untuk menempah sekurang-kurangnya 1–3 hari lebih awal bagi memastikan slot rawatan anda tersedia.
Adakah perlu membuat deposit untuk tempahan?
Ya, deposit kecil diperlukan untuk mengesahkan tempahan dan mengelakkan pembatalan saat akhir.
Apakah polisi pembatalan tempahan?
Sekiranya perlu membatalkan, sila maklumkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu rawatan. Deposit tidak akan dipulangkan untuk pembatalan saat akhir.
Adakah minyak urutan dan herba digunakan selamat?
Ya, semua minyak dan herba yang digunakan adalah buatan sendiri daripada bahan segar, selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Namun begitu, maklumkan keadaan kulit anda kepada kami sebagai langkah berjaga-jaga.
Adakah semua tukang urut perempuan?
Ya, semua tukang urut kami adalah perempuan dan berpengalaman, bagi menjaga keselesaan serta privasi pelanggan.
Adakah anda menerima pelanggan lelaki?
Tidak, rawatan kami khusus untuk wanita sahaja.
Bolehkah rawatan dilakukan di rumah saya?
Ya, Camar Putih Spa ada menawarkan servis mobile spa untuk anda. Sama ada di rumah, hotel atau lokasi pilihan yang lain, kami sedia memberikan perkhidmatan untuk keselesaan terbaik anda.
Adakah rawatan sesuai untuk ibu yang baru bersalin secara pembedahan (C-section)?
Untuk keselamatan, rawatan hanya dilakukan selepas luka benar-benar pulih (kebiasaannya selepas 6–8 minggu). Sila rujuk doktor anda sebelum membuat tempahan.
Pakej Kecantikan
Pakej Aura Fresh 1
- Bertangas
- Urutan badan
- Urutan muka
- Rendaman aura bunga
RM190
Pakej Kecantikan
Pakej Aura Fresh 2
- Urutan badan
- Urutan muka
- Rendaman aura bunga
- Sauna
- Scrub
RM250
Pakej Kecantikan
Pakej Gojez
- Sauna
- Mandian aura bunga
- Urutan kaki
- Manicure
- Pedicure
RM200
Pakej Kecantikan
Pakej MUTIARA
- Urutan badan
- Urutan muka
- Rawatan facial
- Spa kaki
- Urutan kaki
RM200
Pakej berpantang
Pakej Berpantang
- Urutan seluruh badan
- Urut dada
- Urutan perut
- Urutan kaki
- Urutan kepala
- Tuam & bertungku
- Mandian herba & serum
- Param
- Pilis
1 Hari - RM150
3 Hari - RM470
5 Hari - RM750

Senarai Pakej
Pakej Kecantikan
Pakej Santai
Pakej Aura fresh 1
Pakej Aura Fresh 2
Pakej Gojez
Pakej Aura fresh 1
Pakej Facial
Pakej Urutan Selepas Bersalin
Urutan Selepas Bersalin
Pakej 1 Hari
- Urutan seluruh badan
- Urut dada
- Urutan perut
- Urutan kaki
- Urutan kepala
- Tuam & bertungku
- Mandian herba & serum
- Param
- Pilis
RM160
Urutan Selepas Bersalin
Pakej 3 Hari
- Urutan seluruh badan
- Urut dada
- Urutan perut
- Urutan kaki
- Urutan kepala
- Tuam & bertungku
- Mandian herba & serum
- Param
- Pilis
RM470
Urutan Selepas Bersalin
Pakej 5 Hari
- Urutan seluruh badan
- Urut dada
- Urutan perut
- Urutan kaki
- Urutan kepala
- Tuam & bertungku
- Mandian herba & serum
- Param
- Pilis
RM750

Tentang Kami
Nama Camar Putih dipilih sebagai lambang ketenangan dan kebebasan, seperti burung camar yang terbang di langit luas. Kisah kami bermula apabila pengasas spa ini, dengan hanya sebuah motosikal dan uniform putih, menghantar rawatan ke rumah pelanggan yang mempercayai servis home spa. Dari sebuah perjalanan kecil itu, lahirlah jenama yang hari ini terus berkembang, membawa sentuhan tradisional dan ramuan semula jadi untuk memulihkan tubuh dan minda wanita.
mesej kami
Bersedia Untuk Sentuhan Ketenangan?
Hubungi kami sekarang dan nikmati pengalaman spa eksklusif

